1. DEFINISI MEMANASKAN BADAN
Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan( warming up) dan diakhiri dengan sesi melegakan badan(cooling down). Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot.
1. PRINSIP MEMANASKAN BADAN
Prinsip memanaskan badan masih merupakan suatu tajuk yang hebat
diperdebatkan di kalangan pengkaji-pengkaji fisiologi senam. Kebanyakan
kajian-kajian yang telah dibuat dalam bidang ini menunjukkan bahawa
memanaskan badan memberi kesan yang positif terhadap lakuan motor.
CONTOH AKTIVITI MEMANASKAN BADAN
- Sesuatu pergerakan fizikal yang secara keseluruhannya memberikan impak kepada prestasi lakuan motor dan tubuh badan dari segi kesihatan dan kecergasan. Contohnya gerak kendur,gerak kendur adalah contoh utama bagi memanaskan badan di mana menggerakan otot-otot,ligamen dan tendon bagi meningkatkan kadar nadi rehat kepada kadar nadi latihan ataupun kadar nadi kerja..
FAEDAH MEMANASKAN BADAN
a. pengaliran darah dalam tisu-tisu otott bertambah. Ini
meningkatkan lagi pengaliran atau pengedaran oksigen ke otot
dan setrusnya akan memperbaiki keadaan fungsi otot.
(functional condition)
b. kepekatan (viscosity) otot berkurangan dan keadaan ini
membolehkan pengecutan dan pengenduran otot berlaku pada
kadar yang lebih pantas.
c. Oleh kerana pengaruh (b), lebihan kerja luaran dapat dilakukan
dengan pengeluaran tenaga yang sama, iaitu lebih ekonomik
dari segi penggunaan tenaga oleh otot.
d. Kadar ketegangan dalam otot bertambah.
e. Memanaskan badan dapat merangsang sistem pernafasan dan
pengaliran darah. Ini membolehkan badan berfungsi dengajn
lebih cekap serta berkesan.
[ PROGRAM LATIHAN KEJURULATIHAN SUKAN }
Latihan diperkenalkan untuk memudahkan jurulatih melatih para atlit mengikut fasa - fasa yang ditetapkan .Atlit dilatih mengikut tahap - tahap kemampuan atlit serta berdasarkan sukan dan permainan yang tertentu. Setiap latihan yang dijalankan adalah berdasarkan prinsip -prinsip tersebut, antaranya :
i) Berdasarkan pengetahuan tentang sistem - sistem tenaga.
ii) Mengenalpasti sistem tenaga utama yang diperlukan .
iii) Latihan - latihan adalah dikhususkan untuk aktiviti berdasarkan sistem tenaga utama.
iv ) Untuk membina kekuatan dan dayatahan otot di samping meningkatkan prinsip lebihan beban harus
digunakan .
v) Program latihan haruslah berdasarkan prinsip menurun dan menaik :
(a) Kadar peratusan kecergasan haruslah menurun apabila latihan menghampiri fasa pertandingan.
(b) Kadar peratusan kemahiran harus meningkat apabila latihan menghampiri pertandingan.
LATIHAN JEDA
DEFINISI: Latihan penyesuain yang sistematik dam memberi penekanan terhadap pelakuan kerja yang
berulang-ulang iaitu antara masa kerja dan masa rehat atau masa pemulihan.
OBJEKTIF LATIHAN:
* Meningkatkan dayatahan otot terlibat .
* Meningkatkan dayatahan kardiovaskular .
* Meningkatkan ketangkasan, koordinasi ,fleksibiliti.
* Kelajuan dan masa reaksi.
RASIONALPEMILIHAN :
1. Dapat memanipulasikan kadar kerja,ulangan dan kekerapan latihan.
2. Perkembangan prestasi atlit dapat diperhatikan dengan jelas .
3. Atlit akan berupaya melakukan kerja pada isipadu yang tinggi ,jika diselang-selikan dengan masa rehat.
PRINSIP :
i ) Menentukan intensiti jeda kerja .
ii ) memberikan masa rehat dan masa pemulihan .
iii) mempunyai aktiviti yang berulang.
iv) Jenis aktiviti semasa pemulihan.
v) Kerja diselang-selikan dengan rehat.
PANDUAN:
* Menentukan kadar dan jarak kerja
* Bilangan ulangan untuk setiap waktu latihan .
* Kekerapan latihan .
* Menentukan masa rehat .
>>> LATIHAN YANG BERINTENSITI TINGGI DAN DILAKUKAN DALAM MASA YANG SINGKAT MEMERLUKAN MASA REHAT YANG BERLAWANAN DENGAN LATIHAN YANG BERINTENSITI RENDAH ATAU SEDERHANA.>>>
KERJAYA SEORANG JURULATIH
PENGENALAN :
- dia dipanggil jurulatih ,merupakan satu tugas yang sukar .Tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.seseorang jrulatih tidak boleh meniru menjadi jurulatih yang disegani .Hanya mungkin mendapat ilmu kejurulatihan yang boleh dipercayai dari pakar yang diiktiraf .
- Mereka yang telah berjaya dan terpaksa menempuh kegagalan sebenarnya mewakili yang muda atau tua,
berpengalaman atau tidak berpengalaman ,gigih dan kurang komitmen , penyabar dan pemarah ,menjaga
status dan merendah diri ,berkaliber dan tidak ,yang berpelajaran atau tidak.
GAYA - GAYA JURULATIH :
*Gaya kepimpinan autoritarian
*Gaya kepimpinan cooperatif
*Gaya kepimpinan casual.
" "JURULATIH YANG BERJAYA ADALAH BERPENGETAHUAN DALAM BIDANG SUKAN DAN BERMOTIVASI TINGGI. "
PSIKOLOGI SUKAN SENAM
DEFINISI :
-Pengajian secara sistematik tentang tingkah laku ,perasaan,dan pemikiran orang yang terlibat dalam sukan ,senaman, dan aktiviti fizikal.
PERKEMBANGAN SEJARAH :
* Akhir 1890 an dan awal 1900an : Norman triplett menjalankan kajian pertama yanh kini dikenali sebagai " teori fasilitasi sosial ".
* 1918 : Griffth dikenali sebagai" bapa psikologi sukan "
- pada 1938,beliau menjadi pakar psikologi untuk pasukan chicago cubs mengkaji bagaimana
meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.
* Akhir 1960 an dan 1970 an :
- psikologi sukan diterima sebagai sub- disiplin pendidikan jasmani.
-kurikulum pra siswazah dan siswazah , dan persatuan ikhtisas.
-1979 : dimulakan penerbitan " jurnal of sport psychology "
*1980 an: penyelidik mula mengaplikasikan psikologi sukan pada lapangan sebenar.
> 1986 : association for the advancement of applied sport psychology ( AAASP )
>Psikologi sukan senam berubah menjadi suatu bidang khusus pengajian .
> 1988 : journal of sport psychology dikenali sebagai ' journal of sport and exercise
psychology "
* 1990 an- kini :
<< kepelbagaian pendekatan dalam bidang dan lapangan pengajian .
<< Banyak peluang untuk mengajar, merunding dan mengkaji dalam bidang psikologi.
KESAN PSIKOLOGI AKTIVIT FIZIKAL
* Tambahkan kualiti hidup dari segi kesihatan .
* Tambahbaikkan mood seseorang.
* Melegakan simtom yang berkaitan dengan kemurungan .
* Mengurangkan kebimbangan .
* Membantu dalam menangani tekanan .
* Meningkatkan konsep diri diri, estim kendiri , efikasi kendiri ,dan keyakinan diri.
* Memberikan peluang untuk mengalami titik " kemuncak "
* Memberikan rekreasi dan kepelbagaian dalam hidup .
* Memberikan rekreasi dan kepelbagaian dalam hidup .
* Memberikan peluang untuk mencabar diri dan berusaha untuk masteri.
* Memberikan pengalaman kreatif dan aesthetik.
* Meningkatkan kesedaran pada aktiviti fizikal sebagai sesuatu cara terapi atau pemulihan .
* Meningkatkan kesedaran pada aktiviti fizikal sebagai sesuatu cara terapi atau pemulihan .
SENAMAN DAN ADHERENS.
>> Anggapan menunujukkan bahawa hampir 50% pesakit gagal mematuhi rawatan
medikal mereka.
>> Adherens pada program senamam yang diseliakan adalah antara 50% - 80% .
>> Hanya 30% antara individu yang dimulakan sesuatu program akan terus bersenam
pada akhir 4 tahun.
MODEL INTERVEVSI :
* Teori pembelajaran klasik
- Pembelajaran sesuatu tingkahlaku baru berlaku apabila tingkahlaku-tingkahlaku yang kecil yang
merangkumi tingkah laku keseluruhan itu berubah .
- Pecahkan tingkahlaku kepada matlamat kecil yang hendak dicapai .
- Berusaha secara ansur maju ke arah matlamat.
- pengukuhan adalah penting , memberikan ganjaran dan insentif ( segera atau jangka panjang )
* Model kepercayan pada kesihatan .
- Pengamalan sesuatu tingkahlaku kesihatan bergantung pada persepsi seseorang terhadap 4 faktor :
i)Betapa serius sesuatu penyakit itu.
ii) Kemudahan untuk menghadapi penyakit itu.
iii) Faedah untuk mengambil pada tindakan .
- Efikasi kendiri adalah suatu komponen yang penting dalam model ini.
* Teori sosial kognitif .
> perubahan tingkahlaku dipengaruhi oleh faktor persekitaran , faktor peribadi dan ciri - ciri tingkahlaku
tersebut.
> Efikasi kendiri adalah tumpuan model ini .
> individu mesti percaya pada kebolehannya untuk melakukan sesuatu tingkahlaku dan mesti mengamati
sesuatu intensif bagi mengubah tingkah lakunya.
> outcome atau hasil mesti dihargai oleh individu itu.
* Model Transtheoretical " peringkat perubahan "
<< Pra-kontemplasi
<< Kontemplasi .
<< Persediaan .
<< Tindakan atau aksi .
<< Memelihara .
<< Menamatkan .
- Imbangan keputusan ( mengimbangkan kebaikan dan keburukan )
- Efikasi kendiri ( keyakinan terhadap keupayaan sendiri dalam sesuatu situasi )
- Sasarkan intervensi pada tahap status semasa individu.
* Pendekatan Ekologikal
- Pendekatan komprehensif .
- Perkembangan kemahiran individu dititikberatkan sambil membina persekitaran yang menyokong dan
menggalakkan kesihatan .
- Pengaruh persekitaran , masyarakat serta halangan pada tingkahlaku kesihatan harus dipertimbangkan
merancang untuk perubahan tingkah laku.
No comments:
Post a Comment