Monday, October 18, 2010

LATIHAN DALAM KEJURULATIHAN SUKAN

Latihan diperkenalkan untuk memudahkan jurulatih melatih para atlit mengikut fasa - fasa yang ditetapkan .Atlit dilatih mengikut tahap - tahap kemampuan atlit serta berdasarkan sukan dan permainan yang tertentu. Setiap latihan yang dijalankan adalah berdasarkan prinsip -prinsip tersebut, antaranya :
    i) Berdasarkan pengetahuan tentang sistem - sistem tenaga.
   ii) Mengenalpasti sistem tenaga utama yang diperlukan .
  iii) Latihan - latihan adalah dikhususkan untuk aktiviti berdasarkan sistem tenaga utama.
 iv ) Untuk membina kekuatan dan dayatahan otot di samping meningkatkan prinsip lebihan beban harus
       digunakan .
 v) Program latihan haruslah berdasarkan prinsip menurun dan menaik :
        (a) Kadar peratusan kecergasan haruslah menurun apabila latihan menghampiri fasa pertandingan.
        (b) Kadar peratusan kemahiran harus meningkat apabila latihan menghampiri pertandingan.

           LATIHAN JEDA
   DEFINISI: Latihan penyesuain yang sistematik dam memberi penekanan terhadap pelakuan kerja yang
                     berulang-ulang iaitu antara masa kerja dan masa rehat atau masa pemulihan.

 OBJEKTIF LATIHAN:
   * Meningkatkan dayatahan otot terlibat .
   * Meningkatkan dayatahan kardiovaskular .
   * Meningkatkan ketangkasan, koordinasi ,fleksibiliti.
   * Kelajuan dan masa reaksi.

    RASIONALPEMILIHAN :
      1. Dapat memanipulasikan kadar kerja,ulangan dan kekerapan latihan.
      2. Perkembangan prestasi atlit dapat diperhatikan dengan jelas .
      3. Atlit akan berupaya melakukan kerja pada isipadu yang tinggi ,jika diselang-selikan dengan masa rehat.

   PRINSIP :
     i ) Menentukan intensiti jeda kerja .
    ii ) memberikan masa rehat dan masa pemulihan .
    iii) mempunyai aktiviti yang berulang.
   iv) Jenis aktiviti semasa pemulihan.
   v) Kerja diselang-selikan dengan rehat.

   PANDUAN:
        * Menentukan kadar dan jarak kerja
        * Bilangan ulangan untuk setiap waktu latihan .
        * Kekerapan latihan .
        * Menentukan masa rehat .

 >>>   LATIHAN YANG BERINTENSITI TINGGI DAN DILAKUKAN DALAM MASA YANG SINGKAT MEMERLUKAN MASA REHAT YANG BERLAWANAN DENGAN LATIHAN YANG BERINTENSITI RENDAH ATAU SEDERHANA.

No comments:

Post a Comment