- Perkembangan kemahiran-kemahiran motor ini adalah saling berkait dan tidak berlaku secara terpisah antara satu sama lain.
Gerakan pantulan atau refleks
- Pergerakan yang dapat dilihat sejak bayi dilahirkan.
- Bersifat automatik
- Tidak dapat dikawal
- Wujud sebagai tindak balas bayi terhadap rangsangan yg terdapat di persekitaran.
- Melalui gerakan pantulan inilah bayi membina tindak balas penyesuaian terhadap persekitaran sebelum berlakunya proses pembelajaran secara sedar.
Jenis gerakan pantulan yang boleh diperhatikan di kalangan bayi :
1. Tingkah laku menghisap
- Menghisap merupakan salah satu jenis kemahiran yg dibekalkan sejak lahir bagi bayi, penting bagi bayi untuk mendapatkan zat makanan sebelum ia dapat mengambil makanan jenis pepejal. Selain susu dan air , bayi yang baru lahir menghisap apa sahaja objek yang diletakkan di mulutnya.
- Gerakan pantulan ini akan hilang apabila bayi semakin membesar iaitu berusia tiga atau empat bulan
2. Refleks mengesan punca atau rooting reflex
- Reaksi bayi sejak lahir yang ditunjukkan apabila pipi atau kawasan tepi mulut bayi disentuh oleh objek. Bayi akan memaling ke arah tempat yg disentuh untuk mendapatkan objek untuk dihisap.
3. refleks moro
- Bayi didapati sering melakukan pergerakan menyentak atau startle sebagai reaksi kepada bunyi atau pergerakan yang kuat. Bayi akan melengkungkan badannya dan mengarahkan tangan dan kakinya ke bahagian tengah badan.
4. Refleks menggenggam ( grasping or palmar reflex )
- Apabila tapak tangan bayi disentuh oleh objek, ia akan menggenggam objek tersebut dengan kuat.
- Selepas bayi berusia tiga bulan tingkah laku ini akan hilang dan berkembang menjadi tingkah laku yang lebih kompleks dan bertujuan.
- Misalnya bayi akan menggenggam dengan sengaja apabila ia melihat sesuatu objek
5. refleks babinski
- Apabila tapak kaki bayi disentuh dari tumit hingga ke jari.
- Jari kaki bayi akan mengembang.
- Sebahagian tingkah laku refleks ini akan hilang secara beransur-ansur apabila usia bayi semakin meningkat atau berkembang menjadi tindak balas yang sengaja yang lebih bertujuan.
- Manakala tingkah laku refleks tertentu akan kekal sepanjang hayat seperti batuk, bersin, mengerdipkan mata, menguap, sentakan lutut.
6. Tingkah laku berirama
- Pergerakan-pergerakan yang kerap ditunjukkan oleh bayi pada tahun pertama
- Seperti menendang, melambai, menggoyang, melantun, menghentak, menggosok, menggaru dsbnya.
KEMAHIRAN MOTOR KASAR
- Melibatkan aktiviti otot yang besar seperti menggerakkan tangan dan kaki.
- Kemahiran motor kasar – dapat diperhatikan pada tahun pertama dalam perkembangan usia bayi.
- Perkembangan motor kasar bergantung kepada kematangan fizikal bayi terutamanya kematangan skeletal dan neural-otot
KEMAHIRAN MOTOR HALUS
- Melibatkan aktiviti yg dikendalikan oleh otot halus seperti lengan & jari. Contoh aktiviti bayi yg melibatkan kemahiran motor halus – mencapai objek, menggenggam, memanipulasi, menepuk, memutar, membuka, memusing, menarik, menyepit dan mencakar. Antara kemahiran di atas , kemahiran mencapai dan memegang objek memainkan peranan yang terpenting dlm perkembangan kognitif bayi kerana kemahiran ini membuka jalan kepada penerokaan terhadap rangsangan di persekitaran bayi (Piaget ,1936).
- Kemahiran memegang objek seterusnya dapat diselaraskan dengan tingkah laku lain untuk menghasilkan kemahiran-kemahiran lain yang lebih kompleks seperti menyusun blok, memasukkan objek ke dalam bekas, menyudu makanan.
- Kemahiran motor halus dikuasai dan dihalusi pada dua tahun yang pertama , bermula dengan keupayaan menggerakkan bahu dan siku, kemudian berkembang kepada pergerakan di bahagian pergelangan tangan, dan koordinasi ibu jari dan jari telunjuk.
- Perkembangan kawalan mencapai dan menggenggam objek merupakan contoh yang terbaik dlm menerangkan bagaimana kemahiran motor yg pada mulanya merupakan pergerakan yg kasar dan tidak terkawal berkembang menjadi pergerakan yg lebih halus, lebih kompleks dan lebih terkawal.
- Rumusan : Perkembangan motor meliputi kemahiran motor kasar dan motor halus.
- Perkembangan motor kasar berkait rapat dengan pertumbuhan dan perkembangan otot dan saraf.
- Selain itu kemahiran motor kasar dapat dipercepatkan melalui latihan dan senaman.